Pagi minggu memang menyeronokkan. Sejuk dan nyaman. Apatah lagi hari ni hari tak kerja . Hoi...best. Aku jalan-jalan keliling umah. Menyedut udara nyaman dan menyegarkan. Apalah malangnya tahun ni , rambutan tak buah, durian tak buah, mangga tak buah ,apa lagi pulasan , tahun ni memang tak buah.Tak de rezeki
Hari ni ada 2 jemputan yang perlu ku hadiri. Satu , perkahwinan anak jiranku dan yang satu lagi majlis perkahwinan anak teman sekolahku. Dua-dua majlis perlu aku hadiri. Aku bertolak kerumah jirankuku lebih kurang pkul 11.00 pagi.Setelah menjamu selera dan berbual-bual aku pun minta diri dan meminta diri untuk ke rumah bekas kawan sekolahku di yong Peng Batu Pahat rumah Tn. Hj Misbah Samin.
Waduh...meriahnya majlis ni. Dengan khemah yang banyak dan skirting yang berwarna warni. Aku bersalaman dan bertemu dengan temanku dari smv segamat, cikgu Semail sarif. Lama tak jumpa dengan mereka, berbual pun panjang gak. datang plak temanku dari muar , En, karib dan isteri seorang kontraktor. Gelagak tak ubah gak, macam waktu sekolah dulu. Terjumpa ngan kawan sekelas gak , En. Azman Hashim , juga seorang kontraktor dari Pt jawa muar. Kami berkumpul dan duduk di satu sudut. Seronok betul, bercerita kisah lama ketika menuntut di muar dulu. En. Dollah bekas ketua Pengawasku dulu pun ada, sekarang bertugas di JKR segamat.
Setelah berbual panjang kami pun bersurai kerana ada lagi majlis yang perlu aku hadiri. Walau pun singkat tetapi ia sudah cukup untuk mengenang kisah waktu sekolah dulu.Alhamdullah kami pun bersyukur kerana dah berjaya. Mudah-mudahan teman-temanku akan diberi kesejahteraan dan dapat bertemu kembali.
No comments:
Post a Comment