Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama aku tak berbual dengan temanku ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas. Jarang dapat berbual panjang dan bersembang diwarong mamak. tapi hari tu aku kebetulan nak membasahkan tekak diwarong mamak dan terjumpa dia sedang minum. Dulu aku memang selalu dengan dia kerana dia tokey pasang tiles dan aku pula ambik kerja membuat dan mengubahsuai rumah .
Hai.. bang , sini mari. aku menoleh kemeja tepi yang terdengar orang memanggil namaku. " Oh! Ah Peng ". " Dari mana Peng ". Saje singgah sini mau minum, katanya. Sini duduk makan. Wah bisnes kau banyak bagus Peng. Kereta mewah, kedai sudah besar. Sikit-sikit cari makan bang. Abang apa macam? Macam dulu jugak Peng. Kira bagus jugaklah. Biasalah Peng, kita orang melayu kurang sikit skill berniaga. Tak macam orang cina. Haiya... bang.. bukan itu macam. orang cina macam orang melayu juga.
Kalau dikira kan bang, orang melayu patut lebih pandai berniaga dari orang cina. Dalam Islam dari kecik sudah ajar hah.. itu 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan maa . Tak percayaka? saya mau cerita sama abang haaa... orang cina berniaga mesti ada ciri-ciri ini maa...
- Berniaga gigih dan tidak berputus asa.
- Pandai merebut peluang.
- Cakap mau bagus maa, orr.. lamah atau orang suka cakaplah.
- Jangan sombong.
- Hati mau baik , jangan dengki.
- Suka tolong orang.
Orang melayu ramai mau niaga , tapi tak mau jual barang. Jatuh itu standard. Meniaga mesti jual barang maa. Tak jual barang itu bukan meniaga maa. Tak kira apa niaga , sekarang ha.. orang mlm pun boleh jadi jutawan tau. Lu tengok itu Azman Cheng, Dr. Radzi K-link. Jual barang mlm saje maa. Kita mau kuat semangat dan kasi buat saje maa... tentu berjaya.
Betul juga kata Ah Peng ni , Terima kasih Peng. Hari ini gua dapat satu ilmu dari lu.Ok..ok minumlah.
No comments:
Post a Comment