Mangga Ad

Tuesday, June 5, 2012

Belajar Buat Kek sarawak

Semalam banyak masa yang terluang. Jadi dari membuang masa aku cuba buat kek sarawak dari resipi yang diberi dalam blog rakan2 kita . Buatnya taklah susah sangat tapi kerjanya je yang cerewet. Tapi bersyukurlah juga kerana percubaan saya berjaya, terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi mengajar dang sanggup share ilmu dengan saya. Mudah-mudahan ia menjadi amal jariahnya semoga allah memberi kerahmatan kepadanya. Bila dah siap aku bagilah kepada adik-beradik dan rakan-rakan untuk mencuba kek yang saya buat. Sedap katanya. Terima kasih kerana memuji, bukan nak meninggi diri tetapi rasa seronok sebab jadi. dan yang peliknya ade yang buat tempahan untuk hari raya pulak. Ha..ha.. terima kasih atas kepercayaan semua. Inilah contoh kek sarawak tu.



No comments: