Mangga Ad

Wednesday, March 6, 2013

Semoga Negara Kembali aman

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semoga semua anggota keselamatan berada dalam keadaan selamat dan di lindungi oleh Allah. Pengorbanan yang diberikan oleh anggota keselamatan sememangnya harus dipuji. Dan semoga semua pihak harus memberi sokongan kepada anggota keselamatan kita. Janganlah kita nak memberi komen dan tuduhan yang bodoh yang kita sendiri sebenarnya tidak tahu . Kita berharap semoga negara kita akan man dan sejahtera. Amin.

Sunday, March 3, 2013

Gugurnya * pahlawan negara

Al-fatihah buat semua wira-wira negara yang mempertahankan negara. Sedih dan tersentuh hati bila mendengar berita beberapa wira-wira kita telah gugur kerana mempertahan negara. Pengorbanan mereka amat besar bagi kita rakyat Malaysia. Mengembalikan keamanan dan memastikan kehidupan semua rakyat terbela. Marah dan sedih bercampur baur. Tapi yang sedihnya ade orang yang kononnya menjadi  pemimpin disini yang memperlekehkan pasukan keselamatan. Baru jadi pemimpin sikit dah pandai mengutuk orang. Pandai sangat ke mereka?
Gusar dan gementar pun ada, kerana sabah dekat dengar aku. Aku pernah berada di sabah selama 8 tahun di sandakan. Ramai rakan dan anak-anak didikku disana. Dan ramai juga rakan-rakan dari filipina yang beragama Islam. Satu bangsa dan seagama. Sedih dan memilukan. Mudah-mudahan dapat diselesaikan segera supaya tidak ada lagi nyawa yang terkorban. Ya Allah kau lindungilah kami dari dugaan yang besar ini. Amin