Mangga Ad

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh mengundi telah ditetapkan.

Hari ini SPR telah menetapkan pencalonan pada 20Hb. April 2013 dan tarikh mengundi pada 5hb. Mei 2013. Ayoh jalankan tanggungjawab anda dengan tepat dan bijaksana. Masa depan negara ditangan kita semua. Pilihlah pemimpin yang betul-betul berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa dan ikutkan nafsu lesu.Semoga negara kita aman dan makmur.

pilihanraya yang semangkin hampir

Salam pada semua rakan. Bahang pilihanraya semangkin hampir.Bendera parti berkibar seluruh kg. Masing2 begitu bersemangat untuk memenangi hati pengundi.Harap-harap kita tidak akan hilang pertimbangan.Kebaikan dan keluhuran budi haruskan ditegakkan. Janganlah sampai kita nak bertelagah sesama sendiri kerana parti. Saya yakin, yang terbaik akan menang. Elakkan fitnah dan cacian. Janganlah rasa diri angkuh dan riak, lupakan pemimpin yang angkuh dan riak sesungguhnya org yang angkuh dan riak tu adalah saudara syaitan. Semoga anda membuat pilihan yang bijak dan tepat.selamat mengundi.