Mangga Ad

Tuesday, June 22, 2010

Menjana Pendapatan online

Bulan lepas aku cadang nak tulis buku. Aku rasa nak jual dalam blog dan cetak sendiri. Tapi berbulan-bulan menulis tak juga siap sebab kesuntukan masa.Akhirnya projek aku terbengkalai.Dan dah menulis tak kan nak jual buku sebuah je. Tentu tak berbaloi.
Akhirnya aku dapat satu program dari kawan,tak perlu menulis tapi dapat jual buku berpuluh-puluh.Duit pulak tu masuk terus ke akaun kita 100 peratus. Eh bagus gak idea ni. Aku pun trylah... manalah ada rezeki, bukan mahal sangat modalnya.Masuk je...dah boleh jual. Bagusnya...fikirku.
Baca punya baca banyak plak kelebihannya .
Ada website percuma,sistem autodownline,duit masuk akaun kita, buku diberi. Bestnya. contoh-contoh buku yang ada untuk kita.

Aku pun masuklah... belasah jelah. Tak jadi pun tak akan miskin fikirku.Aku pun baca bismillah, cuba masuk je apa-apa yang boleh iklankan. iklan percuma, forum ,blog dan ikut je yang dicadangkan kat web tu. Wah...berbaloi rupanya. kena rajin iklankan. Sekarang ni , tengok maybank2u je, mesti duit masuk. Kawan-kawan cubalah. Mesti berbaloi....lepas juga duit untuk shoping2. Nak cuba pergilah laman web ni.

http://tunaisegera.com/?r=abang jo








Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Cuaca pagi ni sjuk, nyaman dan menyegarkan. Pagi-pagi ni kabus masih berlegar-legar di kawasan pokok.Alangkah seronoknya begini. Lepas solat aku berjalan keliling laman rumah.

Selamat Hari Bapa bah, anakku memberi ucapan dari beranda rumah. Terima kasih , aku membalas. Ingat juga anakku tentang hari bapa. Rupa-rupanya aku sebagai bapa pun terlupa yang hari ini merupakan hari bapa. Mujurlah ayahku telah tiada, kalau tidak aku pun tak bagi ucapan pada bapaku.Cuma aku sedekah kan fatihah untuk ayahku sebagai menganti ucapan hari bapaku.

Kepada bapa-bapa semua, selamat hari bapa buat semua. Semoga anda menjadi bapa yang cemerlang, melahirkan anak yang soleh, insan yang berguna untuk bangsa dan negara.
Selamat Hari Bapa.








Urus Bisnes dengan google

Hari ini aku pergi merayap keliling bandar. Sudah menjadi minatku tempat yang aku paling suka adalah kedai buku. Salah satu yang sering ku kunjungi adalah sudut komputer. Pengetahuan aku mengenai bidang komputer tidaklah begitu luas, jadi aku tercari-cari buku komputer yang boleh menambah pengetahuanku.

Aku terjumpa satu buku bertajuk Urus Bisnes dengan Google tulisan En. Zamri Mohamad yang diterbitkan oleh PTS Professional Publilishing Sdn. Bhd. Walau pun aku selalu menggunakan google tapi pengetahuanku terhadap google tidaklah begitu luas. Aku terpegun rupa-rupanya google boleh digunakan untuk berbagai-bagai fungsi. Terima kasih En. Zamri kerana memberi maklumat yang berguna kepadaku.

Aku membeli senaskah dan dengan penuh minat aku membacanya. Memang berbaloi membeli buku ini kerana memberi maklumat kepadaku yang sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet. Kepada siapa yang berminat belilah buku ini kerana ia memberi banyak maklumat kepada kita.