Mangga Ad

Saturday, June 19, 2010

Urus Bisnes dengan google

Hari ini aku pergi merayap keliling bandar. Sudah menjadi minatku tempat yang aku paling suka adalah kedai buku. Salah satu yang sering ku kunjungi adalah sudut komputer. Pengetahuan aku mengenai bidang komputer tidaklah begitu luas, jadi aku tercari-cari buku komputer yang boleh menambah pengetahuanku.

Aku terjumpa satu buku bertajuk Urus Bisnes dengan Google tulisan En. Zamri Mohamad yang diterbitkan oleh PTS Professional Publilishing Sdn. Bhd. Walau pun aku selalu menggunakan google tapi pengetahuanku terhadap google tidaklah begitu luas. Aku terpegun rupa-rupanya google boleh digunakan untuk berbagai-bagai fungsi. Terima kasih En. Zamri kerana memberi maklumat yang berguna kepadaku.

Aku membeli senaskah dan dengan penuh minat aku membacanya. Memang berbaloi membeli buku ini kerana memberi maklumat kepadaku yang sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet. Kepada siapa yang berminat belilah buku ini kerana ia memberi banyak maklumat kepada kita.