Mangga Ad

Thursday, November 29, 2012

Kemenangan Malaysia Ke atas Laos

Kemenangan 4 - 1  Malaysia keatas Laos akan menjadi azimat bagi Malaysia untuk menentang Indonesia. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Dalam perlawanan seterusnya Malaysia perlu berhati-hati dalam perlawanan menentang Indonesia. Meskipun Malaysia berjaya menundukkan Laos dengan 4 - 1 bukan bermakna Malaysia boleh merasa yakin akan menang. Indonesia bukanlah satu pasukan yang mudah ditundukkan kerana Indonesia telah mengalahkan Singapora 1 - 0. Sedangkan Malaysia tewas kepada Singapore 3 - 0. 
Dari pandangan saya pasukan Malaysia  mempunyai banyak bakat yang dapat digembling. Cuma M. Rajagopal perlu lebih kreatif dan sensitif pada setiap kelebihan pemain. Mungkin penyokong Malaysia juga sedar yang pemain Malaysia lemah dari segi strategi dan merancang serangan. Pemain kita tidak begitu mahir menampan bola, dan gemar menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang dekat. Sedangkan musuh berada disekeliling mereka. Ini menyukarkan pemain memboloskan diri kerana terlalu rapat dengan pihak lawan. Akhirnya mereka akan merasa keletihan. Semoga pertandingan menentang Indonesia nanti M.Rajagopal akan lebih berhati-hati mengatasi kelemahan ini.
Sama-samalah kita berdoa agar pasukan Malaysia akan lebih cemerlang dalam menghadapi pertandingan-pertandingan seterusnya.

Monday, November 19, 2012

Musim Orang Berkahwin

Cuti sekolah ini merupakan hari yang paling disukai oleh ibu bapa untuk mengadakan majlis kenduri kawin.Sehari empat lima tempat untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Kadangkala di rumah ke lima hanya terdaya minum air saja. Dah tak larat rasanya. tapi disebabkan memenuhi undangan sedara mara maka wajib kena pergi juga. Apatah lagi kalau saudara mara yang mengadakan majlis, dah tentu dua tiga hari kena Rewang ( gotong royong)  Sebutan orang Johor. Itu belum lagi salam sumbangan. Tapi kalau di fikirkan  tentunya ada fadilatnya. Selain meraikan saudara mara yang mengadakan majlis perkahwinan kita dapat juga bertemu dengan saudara mara yang lama tak kita temui.
Kalau di Johor Majlis perkahwinan diraikan dengan meriah sekali. Kugiran, zapin, kompang berirama dan Dj menjadikan Majlis begitu Meriah sekali. Majlis Jamuan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Perbelanjaan jangan ceritalah. Di Johor perbelanjaan jamuan saje mencecah RM20,000 hingga RM30,000. Tidak termasuk khemah, kompang, DJ, Kugiran ,pelamin, jurugambar dan lain-lain lagi. 
Semua ibu bapa mahukan majlis mereka akan memberi yang terbaik untuk saudara mara. Yelah kalau dah berkemampuan tentunya tidak menjadi masalah kepada mereka. Tapi kalau kita tak mampu , bersederhanalah kerana yang sederhanalah adalah yang lebih baik.