Cuti sekolah ini merupakan hari yang paling disukai oleh ibu bapa untuk mengadakan majlis kenduri kawin.Sehari empat lima tempat untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Kadangkala di rumah ke lima hanya terdaya minum air saja. Dah tak larat rasanya. tapi disebabkan memenuhi undangan sedara mara maka wajib kena pergi juga. Apatah lagi kalau saudara mara yang mengadakan majlis, dah tentu dua tiga hari kena Rewang ( gotong royong) Sebutan orang Johor. Itu belum lagi salam sumbangan. Tapi kalau di fikirkan tentunya ada fadilatnya. Selain meraikan saudara mara yang mengadakan majlis perkahwinan kita dapat juga bertemu dengan saudara mara yang lama tak kita temui.
Kalau di Johor Majlis perkahwinan diraikan dengan meriah sekali. Kugiran, zapin, kompang berirama dan Dj menjadikan Majlis begitu Meriah sekali. Majlis Jamuan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Perbelanjaan jangan ceritalah. Di Johor perbelanjaan jamuan saje mencecah RM20,000 hingga RM30,000. Tidak termasuk khemah, kompang, DJ, Kugiran ,pelamin, jurugambar dan lain-lain lagi.
Semua ibu bapa mahukan majlis mereka akan memberi yang terbaik untuk saudara mara. Yelah kalau dah berkemampuan tentunya tidak menjadi masalah kepada mereka. Tapi kalau kita tak mampu , bersederhanalah kerana yang sederhanalah adalah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment