Mangga Ad

Friday, February 7, 2014

Sahabat yang telah pergi untuk selamanya

Pada 2hb. Feb yang lalu kira-kira pukul 1.30, aku dikejutkan dengan panggilan dari rakanku yang memberitahu bahawa sahabatku karib telah meninggal dunia. Beliau seorang yang peramah, baik hati, suka menolong dan suka menghiburkan rakan. Beliau ialah cikgu Ahmad Sabari Bin Daming. Hingga sekarang aku tak rasa beliau telah meninggal dunia.Berumur 48 tahun dan sekarang sedang berkhidmat sebagai guru Besar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit. Masih terngiang-ngiang suranya membaca berzanji ketika maulud nabi dan teringat suara merdunya ketika menyanyikan lagu widuri. Aku berdoa semoga kau bahagia dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.