Mangga Ad

Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan Bulan Penuh Berkat.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa,
Semua muslimin dan muslimat sekarang ini sedang menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah yang maha besar. Ramai daripada kita berdoa dan memohon keberkata dari yang maha esa. Bulan yang penuh berkah dan mempunyai fadilat yang amat besar. Mudah-mudahan amalan-amalan kita akan diterima dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Thursday, July 5, 2012

Fadilat dan Keberkatan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ulama’menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala kelemahan  dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati serta menyucikan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang baik diamalkan  pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah baik kita memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Semoga kita akan akan sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.b.t.