Mangga Ad

Saturday, September 6, 2014

Selamat sejahtera

Lama sudah saya tak updated blog ni. Tentunya ramai yang tertanya -tanya program terbaru kampong tahun ini. Mudah-mudahan lepas ini rajinlah saya updated blog ini. Terima kasih.

Friday, February 7, 2014

Sahabat yang telah pergi untuk selamanya

Pada 2hb. Feb yang lalu kira-kira pukul 1.30, aku dikejutkan dengan panggilan dari rakanku yang memberitahu bahawa sahabatku karib telah meninggal dunia. Beliau seorang yang peramah, baik hati, suka menolong dan suka menghiburkan rakan. Beliau ialah cikgu Ahmad Sabari Bin Daming. Hingga sekarang aku tak rasa beliau telah meninggal dunia.Berumur 48 tahun dan sekarang sedang berkhidmat sebagai guru Besar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit. Masih terngiang-ngiang suranya membaca berzanji ketika maulud nabi dan teringat suara merdunya ketika menyanyikan lagu widuri. Aku berdoa semoga kau bahagia dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Tuesday, August 13, 2013

Selamat hari Raya

Lama dah saya tak updated blog ni. ToTup-tup tergerak plak hati nak ucapkan selamat hari raya yang mulia ini. Jadi saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dah maaf zahir dan batin kepada semua seluruh umat Islam yang merayakan hari yang penuh berkah ini. Yang penting kita semua happy tanpa melanggar batas-batas adat , budaya dan yang penting agama.
Sesungguhnya perayaan ini meraikan kemenangan kita mengharungi bulan puasa kan? Semoga amalan yang kita jalankan akan mendapat ganjaran dari Allah yang maha agong. Selamat Hari raya semua.

Monday, May 6, 2013

Keputusan Pilihanraya 2013

Alhamdulillah pilihanraya berakhir sudah. Keputusan telah diketahui. Bn masih lagi mengekalkan sebagai kerajaan yang memerintah meskipun mengalami sedikit kemerosotan. Syukur tidak berlaku sebarang gejala yang tidak diingini. ade juga yang tidak berpuashati tapi dalam pertandingan mesti ade kekurangan. Kita hanyalah manusia bukannya malaikat. walau bagaimana pun kita harus meneruskan kerja harian kita. Keluarga kita kitalah yang menentukan samada baik atau buruk. Mudah-mudahan tuhan akan merestui usaha kita. Amin

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh mengundi telah ditetapkan.

Hari ini SPR telah menetapkan pencalonan pada 20Hb. April 2013 dan tarikh mengundi pada 5hb. Mei 2013. Ayoh jalankan tanggungjawab anda dengan tepat dan bijaksana. Masa depan negara ditangan kita semua. Pilihlah pemimpin yang betul-betul berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa dan ikutkan nafsu lesu.Semoga negara kita aman dan makmur.

pilihanraya yang semangkin hampir

Salam pada semua rakan. Bahang pilihanraya semangkin hampir.Bendera parti berkibar seluruh kg. Masing2 begitu bersemangat untuk memenangi hati pengundi.Harap-harap kita tidak akan hilang pertimbangan.Kebaikan dan keluhuran budi haruskan ditegakkan. Janganlah sampai kita nak bertelagah sesama sendiri kerana parti. Saya yakin, yang terbaik akan menang. Elakkan fitnah dan cacian. Janganlah rasa diri angkuh dan riak, lupakan pemimpin yang angkuh dan riak sesungguhnya org yang angkuh dan riak tu adalah saudara syaitan. Semoga anda membuat pilihan yang bijak dan tepat.selamat mengundi.

Wednesday, March 6, 2013

Semoga Negara Kembali aman

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semoga semua anggota keselamatan berada dalam keadaan selamat dan di lindungi oleh Allah. Pengorbanan yang diberikan oleh anggota keselamatan sememangnya harus dipuji. Dan semoga semua pihak harus memberi sokongan kepada anggota keselamatan kita. Janganlah kita nak memberi komen dan tuduhan yang bodoh yang kita sendiri sebenarnya tidak tahu . Kita berharap semoga negara kita akan man dan sejahtera. Amin.