Semua umat Islam bergembira menyambut hari Raya Aidilfitri yang penuh berkah. Disamping mengeratkan persaudaraan, kita dapat berjumpa dengan saudara, rakan dan keluarga yang jauh atau yang dekat. Ada yang kita tak temui hampir sepuluh tahun ataau lebih. Disaat inilah kita akan terasa terharu dan sayu hinggakan kita mengalirkan airmata. Ada juga yang telah terputus hubungan kerana berhijrah ke negara lain atau terputus akibat dari perselisihan faham. Dan disaat inilah kita saling bermaaf-maafan dan melupakan kisah-kisah yang silam. Mudah-mudahan kita akan mengeratkan siratulrahim dan menjadikan Hari Raya ini menjadi satu titik tolak untuk kita memperbaiki diri dan memohon keredhaan dari Allah S.W.T. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua saudara, rakan, pengunjung-pengunjung blog, blogger-blogger dan seluruh umat Islam dimana jua mereka berada. Wasalam
No comments:
Post a Comment