Mangga Ad

Thursday, June 7, 2012

Kongsi pengalaman bersama Ah Peng

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama aku tak berbual dengan temanku ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas. Jarang dapat berbual panjang dan bersembang diwarong mamak. tapi hari tu aku kebetulan nak membasahkan tekak diwarong mamak dan terjumpa dia sedang minum. Dulu aku memang selalu dengan dia kerana dia tokey pasang tiles dan aku pula ambik kerja membuat dan mengubahsuai rumah .
Hai.. bang , sini mari. aku menoleh kemeja tepi yang terdengar orang memanggil namaku. " Oh! Ah Peng ".  " Dari mana Peng ". Saje singgah sini mau minum, katanya. Sini duduk makan. Wah bisnes kau banyak bagus Peng. Kereta mewah, kedai sudah besar. Sikit-sikit cari makan bang. Abang apa macam? Macam dulu jugak Peng. Kira bagus jugaklah. Biasalah Peng, kita orang melayu kurang sikit skill berniaga. Tak macam orang cina. Haiya... bang.. bukan itu macam. orang cina macam orang melayu juga.
Kalau dikira kan bang, orang melayu patut lebih pandai berniaga dari orang cina. Dalam Islam dari kecik sudah ajar hah.. itu 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan maa . Tak percayaka? saya mau cerita sama abang haaa... orang cina berniaga mesti ada ciri-ciri ini maa...
  •  Berniaga gigih dan tidak berputus asa.
  • Pandai merebut peluang.
  • Cakap mau bagus maa, orr.. lamah atau orang suka cakaplah.
  • Jangan sombong.
  • Hati mau baik , jangan dengki.
  • Suka tolong orang.
Orang melayu mau selalu suka meniaga, tapi ada sifat malu. Apa mau malu , kita buka curi? Tak suka kerja keras. Kalau boleh orang selalu kasi tolong kita. Mana boleh, kita mesti cari oranglah. Baru ada wang masuk ..haiya. Kita sama-sama kawan ha.. mau sama-sama kongsi pengalaman lah. Kita mau sama-sama senanglah. Baru Syuk maa...
Orang melayu ramai mau niaga , tapi tak mau jual barang. Jatuh itu standard. Meniaga mesti jual barang maa. Tak jual barang itu bukan meniaga maa. Tak kira apa niaga , sekarang ha.. orang mlm pun boleh jadi jutawan tau. Lu tengok itu Azman Cheng, Dr. Radzi K-link. Jual barang mlm saje maa. Kita mau kuat semangat dan kasi buat saje maa... tentu berjaya.
Betul juga kata Ah Peng ni , Terima kasih Peng. Hari ini gua dapat satu ilmu dari lu.Ok..ok minumlah.
     

Tuesday, June 5, 2012

Belajar Buat Kek sarawak

Semalam banyak masa yang terluang. Jadi dari membuang masa aku cuba buat kek sarawak dari resipi yang diberi dalam blog rakan2 kita . Buatnya taklah susah sangat tapi kerjanya je yang cerewet. Tapi bersyukurlah juga kerana percubaan saya berjaya, terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi mengajar dang sanggup share ilmu dengan saya. Mudah-mudahan ia menjadi amal jariahnya semoga allah memberi kerahmatan kepadanya. Bila dah siap aku bagilah kepada adik-beradik dan rakan-rakan untuk mencuba kek yang saya buat. Sedap katanya. Terima kasih kerana memuji, bukan nak meninggi diri tetapi rasa seronok sebab jadi. dan yang peliknya ade yang buat tempahan untuk hari raya pulak. Ha..ha.. terima kasih atas kepercayaan semua. Inilah contoh kek sarawak tu.



Misi Yahudi terhadap Islam

Theodore Hertzel seorang pencetus penubuhan negara yahudi menyatakan, misi kita terhadap umat Islam bukanlah untuk mengeluarkan mereka dari islam tetapi lebih kepada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari agamanya. Gemar berfoya-foya ,suka kemaksiatan, semata-mata hidup mencari harta dan kekuasaan. Jika Islam sudah menjadi seperti itu maka misi kita telah berhasil.

Monday, June 4, 2012

Apa Kata Musuh Islam

Arak dan nyanyian adalah dua unsur yang mampu menghancurkan Umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam. Maka dengan itu tenggelamkanlah mereka dengan kancah maksiat dan materialistik. Kata pemimpin tinggi Imperialis.

Sunday, June 3, 2012

Madu Manisan yang Ajaib

Madu adalah satu jenis manisan yang dicipta oleh Allah . Ia dihasilkan oleh lebah dan terdapat berbagai-bagai jenis seperti berwarna putih,kuning dan merah. Lebah adalah satu makhluk yang dicipta oleh Allah untuk manafaat dan kenikmatan buat manusia sejagat. Madu mempunyai khasiat yang besar dalam pengamalan perubatan tradisional. Madu digunakan dalam mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.
Firman Allah ( s.a.w ) dalam surah Yunus ayat 57 : Madu terhasil daripada berbagai-bagai jenis bunga dan menjadi ubat ( penyembuh ) bagi berbagai jenis penyakit. Manakala Al-Qur'an mengandungi intisari dari kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi zaman dahulu dan mempunyai ajaran-ajaran yang diperlukan oleh manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Bersyukurlah kita kepada Allah yang telah mengurniakan penawar bagi berbagai jenis penyakit.