Salam dan selamat sejahtera.
Seperti biasa papa membaca akbar dengan penuh minat. Berbagai-bagai maklumat yang papa dapat. Dari berita terkini, politik, perniagaan, agama , resipi masakan, pakaian dan sebagainya.
Tapi papa rasa sedih kerana menatap berita mengenai dadah dan pembunuhan. Tiap hari ada je berita buruk tentang dadah dan bunuh. Apa dah jadi dengan manusia sekarang ni weiii...
Manusia sudah hilang pertimbangan . Tak kenal baik dan buruk. Tak kenal surga dan neraka.
Pegangan terhadap agama mangkin longgar. Dosa bagi mereka yang melakukan tiada makna.
Berbagai masalah sosial berlaku setiap hari . Anak dara lari ke lombok, tergoda dengan Pak hitam, penipuan, rogol, ragut, mangkin menjadi-jadi. Masaallah... Ingatlah bahawa dunia ni hanya sementara. Bertaubatlah sebelum terlambat...
No comments:
Post a Comment