Mangga Ad

Wednesday, May 30, 2012

Apa kata Yahudi dan Musuh-musuh Islam

Assamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai kalangan kita yang masih belum sedar bahawa generasi kita hari ini mangkin lama mangkin mudah terpengaruh dengan kelalaian dan keseronokan yang boleh mengakibatkan kita lalai dengan ajaran agama dan mementingkan keduniaan. Tentunya ramai yang sedar ramai kalangan kita yang suka mengabaikan kewajipan solat dan ramai juga yang menganggap yang solat itu hanya satu perkara yang tak penting. Sebenarnya solat dan kepatuhan kita kepada agama adalah satu senjata yang amat besar bagi umat Islam.
Saya ada terbaca satu artikal yang ditulis oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam yang menyatakan.Umat Islam bukan mudah untuk ditundukkan atau dihancurkan dengan senjata selagi mereka masih berpegang teguh kepada agamanya.Dan untuk menghancurkan umat Islam kita harus :-
1. Hancurkan sistem pemerintahan Islam
2. Hapuskan Al-qur'an
3.  Hancurkan akhlak muslim,fikiran,hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4.  Lenyapkan kesatuan kaum muslimin
5.  Ragukan kaum muslim terhadap agamanya
6.  Lemahkan bangsa Arab
7.  Dirikan negara Diktator didunia Islam
8.  Pisahkan kaum muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan barat.
9.  singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya.
10.Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas. 

Renungkanlah .....

Wednesday, May 16, 2012

Jalan-Jalan Keliling Kelang

  1. Petang ni tak tau apa nak buat. Nak tidur hari dah petang dan nak duduk kat hotel pun rasa bosan. jadi aku pu keluar berpusing2 keliling bandar Kelang. Besar juga bandar Kelang ni. Semuanya ade. Cuma sediakan duit aje. Pusing punya pusing aku pun sampai ke GM plaza. Tempat membeli belah secara borong. Tak macam kat KL, tempat ni luas dan senang nak parking. Aku pun pusing-pusing menjamu mata kalau-kalau ade barang yang berkenan. Tapi sayang , tak ade apa pun yang berkenan. Balik ke hotel terus makan dan sembahyang maghrib. Lepas Isyak kena sambung kerja lagi, mudah-mudahan dapat disiapkan. Esok dah nak balik. Ok aku nak buat keja dulu...

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

Pagi ni saya masih berada di Hotel Puteri Garden Klang keran bertugas untuk persediaan melaksanakan Transfomasi Pendidikan Vokasional. Walau pun hari ini hari guru , tugas tetap diteruskan demi tanggungjawab kepada bangsa dan negara. Kepada rakan-rakan di SMV Batu Pahat , bekas guru-guru saya dan seluruh warga pendidik saya ucapkan Selamat Hari Guru dan pastinya jasamu tetap sentiasa dikenang. Terima kasih semua

Saturday, May 12, 2012

Salam

Lama dah tak update blog saya ni. alangkah ruginya aku kalau tak berbicara bersama teman-teman. Mudah-mudahan idea dari teman-teman akan menjadikan aku lebih ceria. Jom... berbicara bersama saya.