Mulai 1 Ogos yang lalu , guru DG41 ke atas dibenarkan berpolitik. Berbagai-bagai andaian dan cadangan telah diberi oleh orang ramai. Ada yang bersetuju dan ada yang tak setuju. Bagi pendapat saya, cadangan ini perlu dilihat dari sudut yang positif. Kalau dilihat secara keseluruhanya, guru merupakan pemimpin yang yang dihormati. Baik disekolah atau pun dikalangan masyaarakat. Secara umumnya organisasi dalam kalangan masyarakat sebahagian besarnya diterajui oleh guru , baik pentadbiran surau, kampung dan badan-badan NGO yang lain. Jadi kepimpinan dari kalangan guru adalah amat penting.
Ini bagi membolehkan guru profesional menyumbang idea dan tenaga bagi membantu membangunkan masyarakat. Dizaman ini ramai kalangan penduduk mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan adalah perlu bagi sesebuah organisasi itu dipimpin oleh kalangan profesional. Sekiranya kalangan pemimpin yang menerajui sebuah organisasi itu lebih rendah taraf pendidikannya dari orang yang dipimpin, maka ia akan diperlekehkan oleh orang-orang yang dipimpinnya.
Dari sudut politik pula, rata-rata kalangan pemimpin politik diperingkat kampung dan pekan kecil adalah dari kalangan orang-orang yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang rendah, kurang pengalaman dalam pentadbiran dan tidak mahir mengendalikan mesyurat dan jauh sekali menyediakan dokumentasi.
Dan ada pemimpin-pemimpin parti politik bukan untuk membangunkan masyarakat tetapi ada kepentingan sendiri. Umpamanya untuk mendapatkan projek dan sebagainya. Sebab itu peringkat cawangan di kampung-kampung ianya seperti hidup segan mati tak mahu.
Pada pandangan saya, kurangnya sokongan UMNO sekarang ini , ada kaitannya dengan larangan guru-guru profesional terlibat dalam politik. Sedangkan sebahagian besar pemimpin diperingkat kampung adalah dari kalangan guru. Dan kalau dikaji latar belakang guru sekarang hampir 80% adalah berijazah.
Langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang adalah sangat baik. Cuma guru-guru yang terlibat dengan politik haruslah jujur dan ikhlas supaya guru-guru tidak mengabaikan tugasnya sebagai seorang pendidik.