Mangga Ad

Tuesday, April 20, 2010

Jenayah Ragut satu Ancaman


Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut kian menjadi. Ntah pape  orang kite sekarang. Kerja malas duit nak dapat mudah. Sebab tulah ragut sekarang ni dah jadi satu ancaman kepada negara. Berbagai-bagai kempen dan penerangan dilakukan tetapi penjenayah tak serik juga. Sebanornya perkara ni wujud disebabkan oleh kelalaian ibu bapa. Kelalaian kita untuk mengisi jiwa anak-anak dengan kerohanian. Terlalu mementingkan kebendaan, kecemerlangan akademik tetapi pengisian keagamaan dalam diri anak terabai.
      Ada beberapa langkah yang nak papa ceritakan dengan kekawan.Papa bagi sedikit tip untuk  panduan  anak-anak dara dan mak-mak dara dari diragut. Tip-tip yang boleh dijadikan panduan ialah:-
                 1.  Bawa barang secara minima
                 2.  Sembunyikan wang dari pandangan orang ketika membuat bayaran.
                 3.  Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan supaya sukar diragut.
                 4.  Elakkan berjalan ditempat sunyi bersendirian.
                 5.  Elakkan memakai barang kemas berlebihan.
                 6.  Ketika berjalan d jalanraya , berjalanlah secara bertentangan arus supaya beg dapat dikepit 
                      oleh tangan kanan.
                 7.  Elakkan meletak beg duit diatas kaunter, bakul sayur dan sebagainya kerana mudah diragut.
Begitulah serba sedikit paduan yang papa nak bagi pada semua. Walaupun ia nampak biasa je tetapi kita selalu mengabaikannya. Semoga semua terhindar dari diragut. Tq



No comments: