Mangga Ad

Tuesday, March 29, 2011

Gubahan Bunga Dari Bunga-bunga Lama

Selalu kita memang tidak menghargai benda-benda yang terpakai. Mungkin kita sudah jemu atau rasa ia telah ketingalan zaman. Tapi kalau kita ada idea , benda yang lama akan menjadi satu rekaan yang baru. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah cuba cari satu idea, bagaimana benda yang lama itu boleh kita perbarui.Saya begitu tertarik apabila satu hari, isteri saya cuba memperbarui satu gubahan bunga yang tidak digunakan lagi. Saya rasa kreatif juga kalau kita gunakan benda yang lama untuk diperbarui. Lama kelamaan kita akan rasa seronok melihat satu gubahan bunga yang cantik tetapi tidak memerlukan belanja yang banyak. Disini saya sertakan gubahan isteri saya yang diperbuat dari bahan-bahan lama.





Seronok kan melihat gubahan bunga dari bahan terbuang. Bagi surirumah sudah tentu ia boleh menjadi sumber pendapatan untuk mengisi masa lapang. Kepada semua rakan-rakan dan semua saya ucakkan selamat mencuba.

Wednesday, February 16, 2011

Rindu nak Berblogger

Salam,
Lama aku tak mengemaskini blog aku ni. Eh...terasa sayang plak dengan blog aku ni yang telah mengenemukan aku dengan rakan-rakan dan bertukar-tukar fikiran. Rugi..rugi rasanya. Aku pun sejak akhir-akhir ini banyak bahan-bahan yang nak aku kongsikan dengan rakan-rakan, seperti projek perabot-perabot kecil yang aku buat, hiasan dalaman dan juga seni kraftangan gubahan. Nanti ada masa aku susunkan untuk kawan-kawan yang berminat. Tak minat pun tak apa, lagi pun kawan-kawan mungkin lebih pandai dari aku.Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang kawan-kawan yang ada. Terima kasih

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang hari Raya

Bahang hari raya mangkin terasa. Masing-masing sibuk membuat persiapan. Tua muda semua nampak gembira dan ceria. Tidak ketinggalan keluargaku. Dari pagi aku dan keluarga sibuk mengemas, membersihkan rumah, laman dan persekitaran kediaman. aduh, sakitnya pinggangku.Mana taknya, bertimbun sampah sarap yang ada kat keliling rumah.
Bunga-bunga yang terdapat dalam rumah direndam dan dijemur. Menghilangkan habuk-habuk ,jemur dan gubah balik. Gunakan bahan -bahan lama dan perbaharui sikit supaya namapak cantik.Manafaatkan bahan-bahan yag boleh digunakan supaya dapat menjimatkan belanja.
Selesai mengemas aku bergegas ke pasar Batu Pahat mencari barang keperluan. Napalah jam plak, jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang, masih ramai lagi. aku memang plan nak gi ptg supaya dah tak ramai orang, tapi rupa-rupanya makin petang mangkin ramai.Selesai belanja aku terus pulang. Menyiapkan perabut yang ditempah pelanggan. Raya-raya pun sibuk ngan tempahan perabut.
Pukiul  6.00 petang baru aku berhenti . Badan terasa penat. Mandi dan rehat menunggu waktu berbuka. Kepada semua umat Islam selamat berbuka.

Sunday, August 15, 2010

Puasa Penuh Keberkatan

Hari ni masuk puasa hari ke-6. Cepat sungguh masa berlalu. semua muslimin dan muslimat mengerjakan puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taa'la. Mudah-mudahan amalan yang kita jalankan akan diterima oleh Allah dan akan mendapat mendapat keberkatannya.

Tak lama lagi Hari Raya akan menjelma. Tentunya kita akan membuat persediaan untuk hari yang kita nanti-nantikan. Persiapan tentunya lebih dari hari-hari biasa. Tetapi berwaspadalah supaya apa yang kita buat mesti mengikut kemampuan kita. Anak-anak adalah orang yang paling gembira menyambut hari raya. Baginya raya adalah hari kemenangan kerana berjaya mengharungi cubaan dibulan puasa.

Kepada semua umat Islam di Malaysia, selamat menyambut Puasa dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah.

Tuesday, August 3, 2010

Guru DG41 ke atas dibenarkan Berpolitik

Mulai 1 Ogos yang lalu , guru DG41 ke atas dibenarkan berpolitik. Berbagai-bagai  andaian dan cadangan telah diberi oleh orang ramai. Ada yang bersetuju dan ada yang tak setuju. Bagi pendapat saya, cadangan ini perlu dilihat dari sudut yang positif. Kalau dilihat secara keseluruhanya, guru merupakan pemimpin yang yang dihormati. Baik disekolah atau pun dikalangan masyaarakat. Secara umumnya organisasi dalam kalangan masyarakat sebahagian besarnya diterajui oleh guru , baik pentadbiran surau, kampung dan badan-badan NGO yang lain. Jadi kepimpinan dari kalangan guru adalah amat penting.

Ini bagi membolehkan guru profesional menyumbang idea dan tenaga bagi membantu membangunkan masyarakat. Dizaman ini ramai kalangan penduduk mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan adalah perlu bagi sesebuah organisasi itu dipimpin oleh kalangan profesional. Sekiranya kalangan pemimpin yang menerajui sebuah organisasi itu lebih rendah taraf pendidikannya dari orang yang dipimpin, maka ia akan diperlekehkan oleh orang-orang yang dipimpinnya.

Dari sudut politik pula, rata-rata kalangan pemimpin politik diperingkat kampung dan pekan kecil adalah dari kalangan orang-orang yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang rendah, kurang pengalaman dalam pentadbiran dan tidak mahir mengendalikan mesyurat dan jauh sekali menyediakan dokumentasi.

Dan ada pemimpin-pemimpin parti politik bukan untuk membangunkan masyarakat tetapi ada kepentingan sendiri. Umpamanya untuk mendapatkan projek dan sebagainya. Sebab itu peringkat cawangan di kampung-kampung ianya seperti hidup segan mati tak mahu.

Pada pandangan saya, kurangnya sokongan UMNO sekarang ini , ada kaitannya dengan  larangan guru-guru profesional terlibat dalam politik. Sedangkan sebahagian besar pemimpin diperingkat kampung adalah dari kalangan guru. Dan kalau dikaji latar belakang guru sekarang hampir 80%  adalah berijazah.

Langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang adalah sangat baik. Cuma guru-guru yang terlibat dengan politik haruslah jujur dan ikhlas supaya guru-guru tidak mengabaikan tugasnya sebagai seorang pendidik.

Tuesday, July 20, 2010

Menegakkan Perpaduan Mesti dengan hati yang Ikhlas

Diman-mana orang bercerita tentang  perpaduan orang melayu. Baik di kedai kopi, di pejabat, di akhbar-akhbar semua membincangkan perpaduan orang melayu. Kenapa kita harus riuh rendah dengan usaha kita nak menyatukan orang melayu. Aku bukan tak suka tapi kalau nak berbincang , bertemu dan menyelesaikan masalah orang melayu, buat ajelah. Selalu kita suka mengata orang, bertelur sebiji riuh sekampung. Kita yang cakap, kita juga yang buat.

Masalahnya kita orang melayu ni suka berdebat di akhbar bukan dimeja rundingan. Tinggalkanlah kerja yang sia-sia tu. Tentukan tarikh ,masa, tempat dan berbincanglah. Buat apa ulas sana, ulas sini. Kutuk sana, kutuk sini. Yang bercakap plak bukan orang bodoh, atau orang yang tau agama. Semua bijak pandai. Adalah semua kata mengata tu dihalalkan dalam Islam. Benda tu tak patut dibuat, tapi kenapa kita buat.

Kita semua orang Islam. Keikhlasan dan kebersihan hati tu penting dalam diri kita. Jangan niat yang baik tu dianggap tak baik. Yang baik tetap baik dan yang buruk tetap buruk. Lupakan seketika ideologi kita tentang parti. Parti tetap parti, jangan dicampur adukkan. Nak berbincang jangan cerita pasal parti, memang kita tak sehaluan dalam parti bila dibawa dalam perbincangan memang tak selesai.

Kita tumpukan dalam matlamat kita. Bincang sama-sama. Selesailah. Barulah tercapai. sedarlah hai kita orang-orang melayu , sebatang lidi tu kalau dipatahkan senang tetapi kalau banyak susah nak dipatahkan. Sama-samalah kita fikirkan.

Sunday, July 18, 2010

Bertemu kawan-kawan lama

Pagi minggu memang menyeronokkan. Sejuk dan nyaman. Apatah lagi hari ni hari tak kerja . Hoi...best. Aku jalan-jalan keliling umah. Menyedut udara nyaman dan menyegarkan. Apalah malangnya tahun ni , rambutan tak buah, durian tak buah, mangga tak buah ,apa lagi pulasan , tahun ni memang tak buah.Tak de rezeki

Hari ni ada 2 jemputan yang perlu ku hadiri. Satu , perkahwinan anak jiranku dan yang satu lagi majlis perkahwinan anak teman sekolahku. Dua-dua majlis  perlu aku hadiri. Aku bertolak kerumah jirankuku lebih kurang pkul 11.00 pagi.Setelah menjamu selera dan berbual-bual aku pun minta diri dan meminta  diri untuk ke rumah bekas kawan sekolahku di yong Peng Batu Pahat rumah Tn. Hj Misbah Samin.

Waduh...meriahnya majlis ni. Dengan khemah yang banyak dan skirting yang berwarna warni. Aku bersalaman dan bertemu dengan temanku dari smv segamat, cikgu Semail sarif. Lama tak jumpa dengan mereka, berbual pun panjang gak. datang plak temanku dari muar , En, karib dan isteri seorang kontraktor. Gelagak tak ubah gak, macam waktu sekolah dulu. Terjumpa ngan kawan sekelas gak , En. Azman Hashim , juga seorang kontraktor dari Pt jawa muar. Kami berkumpul dan duduk di satu sudut. Seronok betul, bercerita kisah lama ketika menuntut di muar dulu. En. Dollah bekas ketua Pengawasku dulu pun ada, sekarang bertugas di JKR segamat.

Setelah berbual panjang kami pun bersurai kerana ada lagi majlis yang perlu aku hadiri. Walau pun singkat tetapi ia sudah cukup untuk mengenang kisah waktu sekolah dulu.Alhamdullah kami pun bersyukur kerana  dah berjaya. Mudah-mudahan teman-temanku akan diberi kesejahteraan dan dapat bertemu kembali.