Mangga Ad

Saturday, February 16, 2013

K -Omega Squa

sejak akhir2 ni ramai orang yang terkena serangan jantung. Akibat terlebih makan, kolesterol tinggi, obesiti dan merokok yang berlebihan. Selalu kita tak ambil kesah perkara ni, tapi bila dah terkena barulah teringat. Bagi kita yang berumur 30 tahun ke atas atau badan dah obesiti eloklah kita makan omega Squa yang memberi perlindungan pada jantung. K Omega Squa amat berkesan untuk perlindungan jantung. Omega squa terdiri daripada tiga bahan asas iaitu omega 3, squalena dan vitamin E yang membantu meningkatkan kesihatan jantung, otak dan kulit kita.


Kebaikan K-Omega squa
  1. Mengurangkan tahan kolesterol dalam darah.
  2. Meringankan sakit2 reumatoid artritis, obteoaartritis,ekzema dan lain-laian.
  3. Melancarkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  4. Menghalang saluran darah dari tersumbat.
  5. Menormalkan denyutan jantung .
  6. Meningkatkan sistem imuniti.
  7. Menghalang serangan lelah.
Eloklah kita amalkan makan k Omega squa untuk kesihatan
Sekiranya anda berminat bolehlah Pm saya.


Wednesday, February 13, 2013

cuti panjang.

Dah 6 hari aku bercuti. cuti tahun baru cina sehingga 17Feb. seronok memang seronok tapi bila lama sangat tak tau nak wat pe lak. Lagi pun skrg ini musim hujan je, badan plak kureng sihat. Inilah bala kalau makan durian terlampau banyak .Alhamdulillah kat umah aku skrg ni ade durian berbuah. Walau sikit tapi alhamdulillah puas jgak mkan. Isteri aku plak dah tumbang, pagi-pagi dah ajak pegi klinik . Tak tahan katanye. Nasib baik klinik Sri Sulong tak ramai orang, lega .... pas tu gi Parit Sulong berserapan nasi lemak ayam. Boleh tahan jugak nasi lemak tu...
Balik umah, siang sayur, ikan dan terus masak. Maklumlah isteri demam. Suami mithali katakan. Hari ni aku masak lemak cili api ikan kembung. Oklah gak. Rehat..rehat dan terus terlelap. Hujan masih lagi turun... capai buku dan baca. Bosan tu memang bosan tapi layan jelah.....

Thursday, November 29, 2012

Kemenangan Malaysia Ke atas Laos

Kemenangan 4 - 1  Malaysia keatas Laos akan menjadi azimat bagi Malaysia untuk menentang Indonesia. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Dalam perlawanan seterusnya Malaysia perlu berhati-hati dalam perlawanan menentang Indonesia. Meskipun Malaysia berjaya menundukkan Laos dengan 4 - 1 bukan bermakna Malaysia boleh merasa yakin akan menang. Indonesia bukanlah satu pasukan yang mudah ditundukkan kerana Indonesia telah mengalahkan Singapora 1 - 0. Sedangkan Malaysia tewas kepada Singapore 3 - 0. 
Dari pandangan saya pasukan Malaysia  mempunyai banyak bakat yang dapat digembling. Cuma M. Rajagopal perlu lebih kreatif dan sensitif pada setiap kelebihan pemain. Mungkin penyokong Malaysia juga sedar yang pemain Malaysia lemah dari segi strategi dan merancang serangan. Pemain kita tidak begitu mahir menampan bola, dan gemar menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang dekat. Sedangkan musuh berada disekeliling mereka. Ini menyukarkan pemain memboloskan diri kerana terlalu rapat dengan pihak lawan. Akhirnya mereka akan merasa keletihan. Semoga pertandingan menentang Indonesia nanti M.Rajagopal akan lebih berhati-hati mengatasi kelemahan ini.
Sama-samalah kita berdoa agar pasukan Malaysia akan lebih cemerlang dalam menghadapi pertandingan-pertandingan seterusnya.

Monday, November 19, 2012

Musim Orang Berkahwin

Cuti sekolah ini merupakan hari yang paling disukai oleh ibu bapa untuk mengadakan majlis kenduri kawin.Sehari empat lima tempat untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Kadangkala di rumah ke lima hanya terdaya minum air saja. Dah tak larat rasanya. tapi disebabkan memenuhi undangan sedara mara maka wajib kena pergi juga. Apatah lagi kalau saudara mara yang mengadakan majlis, dah tentu dua tiga hari kena Rewang ( gotong royong)  Sebutan orang Johor. Itu belum lagi salam sumbangan. Tapi kalau di fikirkan  tentunya ada fadilatnya. Selain meraikan saudara mara yang mengadakan majlis perkahwinan kita dapat juga bertemu dengan saudara mara yang lama tak kita temui.
Kalau di Johor Majlis perkahwinan diraikan dengan meriah sekali. Kugiran, zapin, kompang berirama dan Dj menjadikan Majlis begitu Meriah sekali. Majlis Jamuan diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Perbelanjaan jangan ceritalah. Di Johor perbelanjaan jamuan saje mencecah RM20,000 hingga RM30,000. Tidak termasuk khemah, kompang, DJ, Kugiran ,pelamin, jurugambar dan lain-lain lagi. 
Semua ibu bapa mahukan majlis mereka akan memberi yang terbaik untuk saudara mara. Yelah kalau dah berkemampuan tentunya tidak menjadi masalah kepada mereka. Tapi kalau kita tak mampu , bersederhanalah kerana yang sederhanalah adalah yang lebih baik.

Sunday, October 14, 2012

Letihnya Badanku ini

Selalunya hari Isnin merupakan hari yang paling bersemangat untuk aku bekerja. Tapi hari ini entah ape sebabnya badanku rasa letih dan mengantuk. Entak-entah dah lama tak bersenam kot. Yelah sekarang ni paling malas nak bersenam. Takut jadi penyakit plak. Nak kena motivasi kot.
Pelajar tingkatan 4 dah mula menghadapi peperiksaan. Tapi nampaknya pelajar ramai yang tak bersedia je. Pelajar sekarang semangatnya tak macam pelajar dulu. Sekarang ni , kalau tak boleh jawab terus tidur. Berkali-kali guru kena kejutkan. hai... entah ape silapnya. Mudah-mudahan akan sedar juga mereka. Berusaha untuk kejaayaan diri sendiri...

Monday, September 24, 2012

Kursus Teknologi Dan Operasi Mesin CNC Router

Hari ini saya menghadiri kursus CNC Router Machine  Di Wisdec Banting. Kursus yang diadakan ini adalah bagi memberi kemahiran kepada guru-guru Binaan Bangunan sebagai persediaaan untuk menghadapi tranfomasi pendidikan Vokasional yang dinaik taraf kepada kolej Vokasional tahun depan. Seramai 10 orang guru dari Sek.Men.Vokasional Batu Pahat menghadiri kursus ini. Semoga kursus ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran guru -guru dalam bidang Wood CNC Router Machine.



Thursday, September 20, 2012

Kebaikan Chlorophyll K-Link



LIQUID CHLOROPHYLL

Minuman Herba kesihatan yang terdiri daripada sari klorofil dari daun Alfalfa ( Medicago Sativa )

Manafaatnya :-
  • Anti Oksidan, baik untuk kesihatan mata, paru-paru, perut, pencernaan dan lain-lain.
  • Satu sudu besar bersamaan dengan 1 kg sayur.
  • Melancarkan /membersihkan darah dari segala bentuk toksin dan zat kimia dalam tubuh.
  • Menjaga keseimbangan hormon dan keasidan dalam tubuh.
  • Menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepat penyembuhan luka.
  • Meningkatkan daya penyerapan nutrisi dan tenaga.
Fungsi Utama K-Liquid Chlorophyll
  • Membersih       -   Membersih sistem pencernaan, darah, mencegah bakteria dan sebagainya.
  • Menyeimbang   -   Menyembangkan kadar aksidan dan kealkalian dalam tubuh.
  • Mengaktif         -   Penghasilan dan pembaikan sel darah merah.
Baik Untuk Kencing Manis, Darah tinggi, kembong perut, Sembelit, Sakit jantung , letih dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat hubungi saya di Email : cahayasuryaku@gmail.com
Boleh ambil sendiri atau dipos. Terima kasih