Mangga Ad

Sunday, October 14, 2012

Letihnya Badanku ini

Selalunya hari Isnin merupakan hari yang paling bersemangat untuk aku bekerja. Tapi hari ini entah ape sebabnya badanku rasa letih dan mengantuk. Entak-entah dah lama tak bersenam kot. Yelah sekarang ni paling malas nak bersenam. Takut jadi penyakit plak. Nak kena motivasi kot.
Pelajar tingkatan 4 dah mula menghadapi peperiksaan. Tapi nampaknya pelajar ramai yang tak bersedia je. Pelajar sekarang semangatnya tak macam pelajar dulu. Sekarang ni , kalau tak boleh jawab terus tidur. Berkali-kali guru kena kejutkan. hai... entah ape silapnya. Mudah-mudahan akan sedar juga mereka. Berusaha untuk kejaayaan diri sendiri...

Monday, September 24, 2012

Kursus Teknologi Dan Operasi Mesin CNC Router

Hari ini saya menghadiri kursus CNC Router Machine  Di Wisdec Banting. Kursus yang diadakan ini adalah bagi memberi kemahiran kepada guru-guru Binaan Bangunan sebagai persediaaan untuk menghadapi tranfomasi pendidikan Vokasional yang dinaik taraf kepada kolej Vokasional tahun depan. Seramai 10 orang guru dari Sek.Men.Vokasional Batu Pahat menghadiri kursus ini. Semoga kursus ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran guru -guru dalam bidang Wood CNC Router Machine.



Thursday, September 20, 2012

Kebaikan Chlorophyll K-Link



LIQUID CHLOROPHYLL

Minuman Herba kesihatan yang terdiri daripada sari klorofil dari daun Alfalfa ( Medicago Sativa )

Manafaatnya :-
  • Anti Oksidan, baik untuk kesihatan mata, paru-paru, perut, pencernaan dan lain-lain.
  • Satu sudu besar bersamaan dengan 1 kg sayur.
  • Melancarkan /membersihkan darah dari segala bentuk toksin dan zat kimia dalam tubuh.
  • Menjaga keseimbangan hormon dan keasidan dalam tubuh.
  • Menghalang pertumbuhan bakteria dan mempercepat penyembuhan luka.
  • Meningkatkan daya penyerapan nutrisi dan tenaga.
Fungsi Utama K-Liquid Chlorophyll
  • Membersih       -   Membersih sistem pencernaan, darah, mencegah bakteria dan sebagainya.
  • Menyeimbang   -   Menyembangkan kadar aksidan dan kealkalian dalam tubuh.
  • Mengaktif         -   Penghasilan dan pembaikan sel darah merah.
Baik Untuk Kencing Manis, Darah tinggi, kembong perut, Sembelit, Sakit jantung , letih dan lain-lain lagi.

Jika anda berminat hubungi saya di Email : cahayasuryaku@gmail.com
Boleh ambil sendiri atau dipos. Terima kasih


Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya

Semua umat Islam bergembira menyambut hari Raya Aidilfitri yang penuh berkah. Disamping mengeratkan persaudaraan, kita dapat berjumpa dengan saudara, rakan dan keluarga yang jauh atau yang dekat. Ada yang kita tak temui hampir sepuluh tahun ataau lebih. Disaat inilah kita akan terasa terharu dan sayu hinggakan kita mengalirkan airmata. Ada juga yang telah terputus hubungan kerana berhijrah ke negara lain atau terputus  akibat dari perselisihan faham. Dan disaat inilah kita saling bermaaf-maafan dan melupakan kisah-kisah yang silam. Mudah-mudahan kita akan mengeratkan siratulrahim dan menjadikan Hari Raya ini menjadi satu titik tolak untuk kita memperbaiki diri dan memohon keredhaan dari Allah S.W.T. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua saudara, rakan, pengunjung-pengunjung blog, blogger-blogger dan seluruh umat Islam dimana jua mereka berada. Wasalam

Monday, July 23, 2012

Bulan Ramadhan Bulan Penuh Berkat.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa,
Semua muslimin dan muslimat sekarang ini sedang menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah yang maha besar. Ramai daripada kita berdoa dan memohon keberkata dari yang maha esa. Bulan yang penuh berkah dan mempunyai fadilat yang amat besar. Mudah-mudahan amalan-amalan kita akan diterima dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Thursday, July 5, 2012

Fadilat dan Keberkatan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ulama’menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala kelemahan  dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati serta menyucikan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang baik diamalkan  pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah baik kita memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Semoga kita akan akan sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.b.t.



Thursday, June 7, 2012

Kongsi pengalaman bersama Ah Peng

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama aku tak berbual dengan temanku ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas. Jarang dapat berbual panjang dan bersembang diwarong mamak. tapi hari tu aku kebetulan nak membasahkan tekak diwarong mamak dan terjumpa dia sedang minum. Dulu aku memang selalu dengan dia kerana dia tokey pasang tiles dan aku pula ambik kerja membuat dan mengubahsuai rumah .
Hai.. bang , sini mari. aku menoleh kemeja tepi yang terdengar orang memanggil namaku. " Oh! Ah Peng ".  " Dari mana Peng ". Saje singgah sini mau minum, katanya. Sini duduk makan. Wah bisnes kau banyak bagus Peng. Kereta mewah, kedai sudah besar. Sikit-sikit cari makan bang. Abang apa macam? Macam dulu jugak Peng. Kira bagus jugaklah. Biasalah Peng, kita orang melayu kurang sikit skill berniaga. Tak macam orang cina. Haiya... bang.. bukan itu macam. orang cina macam orang melayu juga.
Kalau dikira kan bang, orang melayu patut lebih pandai berniaga dari orang cina. Dalam Islam dari kecik sudah ajar hah.. itu 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan maa . Tak percayaka? saya mau cerita sama abang haaa... orang cina berniaga mesti ada ciri-ciri ini maa...
  •  Berniaga gigih dan tidak berputus asa.
  • Pandai merebut peluang.
  • Cakap mau bagus maa, orr.. lamah atau orang suka cakaplah.
  • Jangan sombong.
  • Hati mau baik , jangan dengki.
  • Suka tolong orang.
Orang melayu mau selalu suka meniaga, tapi ada sifat malu. Apa mau malu , kita buka curi? Tak suka kerja keras. Kalau boleh orang selalu kasi tolong kita. Mana boleh, kita mesti cari oranglah. Baru ada wang masuk ..haiya. Kita sama-sama kawan ha.. mau sama-sama kongsi pengalaman lah. Kita mau sama-sama senanglah. Baru Syuk maa...
Orang melayu ramai mau niaga , tapi tak mau jual barang. Jatuh itu standard. Meniaga mesti jual barang maa. Tak jual barang itu bukan meniaga maa. Tak kira apa niaga , sekarang ha.. orang mlm pun boleh jadi jutawan tau. Lu tengok itu Azman Cheng, Dr. Radzi K-link. Jual barang mlm saje maa. Kita mau kuat semangat dan kasi buat saje maa... tentu berjaya.
Betul juga kata Ah Peng ni , Terima kasih Peng. Hari ini gua dapat satu ilmu dari lu.Ok..ok minumlah.