Mangga Ad

Saturday, May 12, 2012

Salam

Lama dah tak update blog saya ni. alangkah ruginya aku kalau tak berbicara bersama teman-teman. Mudah-mudahan idea dari teman-teman akan menjadikan aku lebih ceria. Jom... berbicara bersama saya.

Wednesday, December 14, 2011

Saat yang Menyakitkan

Hari ini aku cuba lawati blogku yang dah lama tak terusik. Dengan semangat yang membara aku cuba nak update. Alangkan malang sekali , ketiga-tiga blogku tak boleh dikemaskini. Adoi...apa dia ni bx-14u1mh. Apa ni.... page element tak leh tukar... siapa punya kerja ni. Benggang-benggang.

Kawan-kawan siapa boleh bantu ni... sakit dan menyakitkan. Iss..iss..iss.. Dia orang ni memang tak ade kerja lain. Nak buat dosa je... menyusahkan orang lain. Aku memang naik marah tul.... geram..geram..

Sunday, August 7, 2011

Apabila Kita Tidak Berpuasa....


Rasa bosan pulak bila asyik melingkar je kat rumah. Lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Jadi untuk menunggu waktu asar saya berjalan-jalan kat bandar batu pahat. Mula-mula nak gi window shopping. Tapi bila tengok parking penuh aku terus ke bank untuk cucuk duit. Oleh kerana terlalu panas aku menyusuri kaki lima kedai. Dalam mengatur langkah yang lemah aku terpandang seorang lelaki separuh umur bekerja membersihkan kedai yang sedang di renovate. Dengan muka yang selamba dia menyedut asap rokoknya dengan penuh nikmat. Tanpa rasa bersalah beliau menghembuskan asap keluar dari mulutnya. Aku beristihfar panjang. Adakah seorang yang telah berumur seperti ini masih tak hendak berpuasa ?

Perasaan ku marah bercampur geram. Mengapa orang yang telah tua bangka seperti ini begitu bangga kerana tidak berpuasa. Tidak malukah dia dengan orang-orang bangsa lain yang lalu lalang disitu. Dimanakah maruah dan nilai diri dia dimata masyarakat. Kalau pun tidak berpuasa, janganlah sampai mencemarkan bulan ramadhan dengan sifat-sifat seperti itu. Bersembunyilah kalau memang benar-benar tidak berupaya.

Bergembiralah kamu pada masa ini sekiranya kamu tidak berpuasa dan percayalah bahawa tuhan akan membalas perbuatan kamu dengan azab yang amat berat.

Sebab tulah bila kiita tidak mengamalkan ajaran agama maka kehidupan kita sentiasa dalam serba kekurangan. Ingatlah wahai semua umat, amalan kita tetap akan diberi ganjaran oleh Allah. Selamat berpuasa.

The Help


Wednesday, June 22, 2011

Aku Juga Mahu Jadi Orang yang Berjaya

Sebentar tadi aku berbual dengan rakan rapatku. Banyak perkara yang aku bicarakan. Dari soal pekerjaan,keluarga,hobi dan lain-lain. Dari perbualan yang rinkas tadi, aku dapat berkongsi ilmu yang aku rasakan boleh membina mindaku dan memotivasikan diriku menjadi orang yang berjaya. Dan kebetulan rakanku ini sedang menuju kearah itu. Aku percaya dan yakin bahawa rakanku ini boleh berjaya. Dia menceritakan sesuatu yang membuat aku teruja. Lebih kurang inilah ceritanya.

Apakah Impian Anda?
  • Pendapatan tambahan!
  • Rumah dan kereta impian!
  • Gaya hidup hebat!
  • Melancong seluruh dunia!
  • Sihat, hidup senang dan bahagia!
  • Pendidikan anak-anak terjaga!
  • Kebebasan kewangan!
  • Kebebasan masa!
Adakah anda rasa anda berkelengkapan untuk menghadapi dunia yang penuh dengan saingan?
  • Kelayakan pendidikan yang cukup?
  • Pengalaman dan kemahiran yang cukup?
  • Modal yang cukup?
  • Latar belakang yang kukuh?
  • Kecekapan yang diperlukan?
Jika tidak...
  • Bagaimana anda hendak bersaing ?
  • Bagaimana anda hendak berjaya ?
Adakah impian anda telah menjadi kenyataan?
Anda ingin mengubah keadaan anda?
Ingin memberi peluang kepada diri anda?


4 Pilihan dalam Kehidupan
1.     Bekerja
o    Melaburkan banyak masa dan tenaga (Bertungkus lumus)
o    Peluang untuk berkembang adalah terhad
  1. Kumpulan Pejabat
    • Bekerja dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
    • Pendapatan biasa dan gaya hidup sederhana
    • Nasib ditentukan oleh majikan
    • Pendapatan tetap dan kenaikan gaji yang terhad
  2. Peniaga Tradisional
    • Memerlukan empat faktor: Modal, Kebolehan, Pengalaman, Diri sendiri
    • Pelaburan besar dalam kewangan dan masa, tiada jaminan kejayaan
    • Tidak boleh gagal
  3. Jualan Langsung Dinamik
    • Dengan melaburkan masa anda, anda boleh meningkatkan pendapatan anda
    • Lebih besar anda berjaya, lebih banyak kebebasan anda boleh menikmati
    • Membangunkan perniagaan anda dan perhubungan
    • Menikmati kejayaan
K-LINK International akan membuatkan impian anda menjadi kenyataan
Jika anda ingin mengetahui perniagaan ini cuba ikuti video dibawah.

Email: cahayasuryaku@gmail.com
atau anda boleh layari : http://www.k-link.com/malay/


Tuesday, March 29, 2011

Gubahan Bunga Dari Bunga-bunga Lama

Selalu kita memang tidak menghargai benda-benda yang terpakai. Mungkin kita sudah jemu atau rasa ia telah ketingalan zaman. Tapi kalau kita ada idea , benda yang lama akan menjadi satu rekaan yang baru. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah cuba cari satu idea, bagaimana benda yang lama itu boleh kita perbarui.Saya begitu tertarik apabila satu hari, isteri saya cuba memperbarui satu gubahan bunga yang tidak digunakan lagi. Saya rasa kreatif juga kalau kita gunakan benda yang lama untuk diperbarui. Lama kelamaan kita akan rasa seronok melihat satu gubahan bunga yang cantik tetapi tidak memerlukan belanja yang banyak. Disini saya sertakan gubahan isteri saya yang diperbuat dari bahan-bahan lama.





Seronok kan melihat gubahan bunga dari bahan terbuang. Bagi surirumah sudah tentu ia boleh menjadi sumber pendapatan untuk mengisi masa lapang. Kepada semua rakan-rakan dan semua saya ucakkan selamat mencuba.

Wednesday, February 16, 2011

Rindu nak Berblogger

Salam,
Lama aku tak mengemaskini blog aku ni. Eh...terasa sayang plak dengan blog aku ni yang telah mengenemukan aku dengan rakan-rakan dan bertukar-tukar fikiran. Rugi..rugi rasanya. Aku pun sejak akhir-akhir ini banyak bahan-bahan yang nak aku kongsikan dengan rakan-rakan, seperti projek perabot-perabot kecil yang aku buat, hiasan dalaman dan juga seni kraftangan gubahan. Nanti ada masa aku susunkan untuk kawan-kawan yang berminat. Tak minat pun tak apa, lagi pun kawan-kawan mungkin lebih pandai dari aku.Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang kawan-kawan yang ada. Terima kasih

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang hari Raya

Bahang hari raya mangkin terasa. Masing-masing sibuk membuat persiapan. Tua muda semua nampak gembira dan ceria. Tidak ketinggalan keluargaku. Dari pagi aku dan keluarga sibuk mengemas, membersihkan rumah, laman dan persekitaran kediaman. aduh, sakitnya pinggangku.Mana taknya, bertimbun sampah sarap yang ada kat keliling rumah.
Bunga-bunga yang terdapat dalam rumah direndam dan dijemur. Menghilangkan habuk-habuk ,jemur dan gubah balik. Gunakan bahan -bahan lama dan perbaharui sikit supaya namapak cantik.Manafaatkan bahan-bahan yag boleh digunakan supaya dapat menjimatkan belanja.
Selesai mengemas aku bergegas ke pasar Batu Pahat mencari barang keperluan. Napalah jam plak, jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang, masih ramai lagi. aku memang plan nak gi ptg supaya dah tak ramai orang, tapi rupa-rupanya makin petang mangkin ramai.Selesai belanja aku terus pulang. Menyiapkan perabut yang ditempah pelanggan. Raya-raya pun sibuk ngan tempahan perabut.
Pukiul  6.00 petang baru aku berhenti . Badan terasa penat. Mandi dan rehat menunggu waktu berbuka. Kepada semua umat Islam selamat berbuka.