Mangga Ad

Tuesday, August 13, 2013

Selamat hari Raya

Lama dah saya tak updated blog ni. ToTup-tup tergerak plak hati nak ucapkan selamat hari raya yang mulia ini. Jadi saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dah maaf zahir dan batin kepada semua seluruh umat Islam yang merayakan hari yang penuh berkah ini. Yang penting kita semua happy tanpa melanggar batas-batas adat , budaya dan yang penting agama.
Sesungguhnya perayaan ini meraikan kemenangan kita mengharungi bulan puasa kan? Semoga amalan yang kita jalankan akan mendapat ganjaran dari Allah yang maha agong. Selamat Hari raya semua.

Monday, May 6, 2013

Keputusan Pilihanraya 2013

Alhamdulillah pilihanraya berakhir sudah. Keputusan telah diketahui. Bn masih lagi mengekalkan sebagai kerajaan yang memerintah meskipun mengalami sedikit kemerosotan. Syukur tidak berlaku sebarang gejala yang tidak diingini. ade juga yang tidak berpuashati tapi dalam pertandingan mesti ade kekurangan. Kita hanyalah manusia bukannya malaikat. walau bagaimana pun kita harus meneruskan kerja harian kita. Keluarga kita kitalah yang menentukan samada baik atau buruk. Mudah-mudahan tuhan akan merestui usaha kita. Amin

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh mengundi telah ditetapkan.

Hari ini SPR telah menetapkan pencalonan pada 20Hb. April 2013 dan tarikh mengundi pada 5hb. Mei 2013. Ayoh jalankan tanggungjawab anda dengan tepat dan bijaksana. Masa depan negara ditangan kita semua. Pilihlah pemimpin yang betul-betul berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa dan ikutkan nafsu lesu.Semoga negara kita aman dan makmur.

pilihanraya yang semangkin hampir

Salam pada semua rakan. Bahang pilihanraya semangkin hampir.Bendera parti berkibar seluruh kg. Masing2 begitu bersemangat untuk memenangi hati pengundi.Harap-harap kita tidak akan hilang pertimbangan.Kebaikan dan keluhuran budi haruskan ditegakkan. Janganlah sampai kita nak bertelagah sesama sendiri kerana parti. Saya yakin, yang terbaik akan menang. Elakkan fitnah dan cacian. Janganlah rasa diri angkuh dan riak, lupakan pemimpin yang angkuh dan riak sesungguhnya org yang angkuh dan riak tu adalah saudara syaitan. Semoga anda membuat pilihan yang bijak dan tepat.selamat mengundi.

Wednesday, March 6, 2013

Semoga Negara Kembali aman

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota keselamatan yang bertugas untuk mempertahankan kedaulatan negara. Semoga semua anggota keselamatan berada dalam keadaan selamat dan di lindungi oleh Allah. Pengorbanan yang diberikan oleh anggota keselamatan sememangnya harus dipuji. Dan semoga semua pihak harus memberi sokongan kepada anggota keselamatan kita. Janganlah kita nak memberi komen dan tuduhan yang bodoh yang kita sendiri sebenarnya tidak tahu . Kita berharap semoga negara kita akan man dan sejahtera. Amin.

Sunday, March 3, 2013

Gugurnya * pahlawan negara

Al-fatihah buat semua wira-wira negara yang mempertahankan negara. Sedih dan tersentuh hati bila mendengar berita beberapa wira-wira kita telah gugur kerana mempertahan negara. Pengorbanan mereka amat besar bagi kita rakyat Malaysia. Mengembalikan keamanan dan memastikan kehidupan semua rakyat terbela. Marah dan sedih bercampur baur. Tapi yang sedihnya ade orang yang kononnya menjadi  pemimpin disini yang memperlekehkan pasukan keselamatan. Baru jadi pemimpin sikit dah pandai mengutuk orang. Pandai sangat ke mereka?
Gusar dan gementar pun ada, kerana sabah dekat dengar aku. Aku pernah berada di sabah selama 8 tahun di sandakan. Ramai rakan dan anak-anak didikku disana. Dan ramai juga rakan-rakan dari filipina yang beragama Islam. Satu bangsa dan seagama. Sedih dan memilukan. Mudah-mudahan dapat diselesaikan segera supaya tidak ada lagi nyawa yang terkorban. Ya Allah kau lindungilah kami dari dugaan yang besar ini. Amin

Saturday, February 16, 2013

K -Omega Squa

sejak akhir2 ni ramai orang yang terkena serangan jantung. Akibat terlebih makan, kolesterol tinggi, obesiti dan merokok yang berlebihan. Selalu kita tak ambil kesah perkara ni, tapi bila dah terkena barulah teringat. Bagi kita yang berumur 30 tahun ke atas atau badan dah obesiti eloklah kita makan omega Squa yang memberi perlindungan pada jantung. K Omega Squa amat berkesan untuk perlindungan jantung. Omega squa terdiri daripada tiga bahan asas iaitu omega 3, squalena dan vitamin E yang membantu meningkatkan kesihatan jantung, otak dan kulit kita.


Kebaikan K-Omega squa
  1. Mengurangkan tahan kolesterol dalam darah.
  2. Meringankan sakit2 reumatoid artritis, obteoaartritis,ekzema dan lain-laian.
  3. Melancarkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  4. Menghalang saluran darah dari tersumbat.
  5. Menormalkan denyutan jantung .
  6. Meningkatkan sistem imuniti.
  7. Menghalang serangan lelah.
Eloklah kita amalkan makan k Omega squa untuk kesihatan
Sekiranya anda berminat bolehlah Pm saya.


Wednesday, February 13, 2013

cuti panjang.

Dah 6 hari aku bercuti. cuti tahun baru cina sehingga 17Feb. seronok memang seronok tapi bila lama sangat tak tau nak wat pe lak. Lagi pun skrg ini musim hujan je, badan plak kureng sihat. Inilah bala kalau makan durian terlampau banyak .Alhamdulillah kat umah aku skrg ni ade durian berbuah. Walau sikit tapi alhamdulillah puas jgak mkan. Isteri aku plak dah tumbang, pagi-pagi dah ajak pegi klinik . Tak tahan katanye. Nasib baik klinik Sri Sulong tak ramai orang, lega .... pas tu gi Parit Sulong berserapan nasi lemak ayam. Boleh tahan jugak nasi lemak tu...
Balik umah, siang sayur, ikan dan terus masak. Maklumlah isteri demam. Suami mithali katakan. Hari ni aku masak lemak cili api ikan kembung. Oklah gak. Rehat..rehat dan terus terlelap. Hujan masih lagi turun... capai buku dan baca. Bosan tu memang bosan tapi layan jelah.....