Kemenangan 4 - 1 Malaysia keatas Laos akan menjadi azimat bagi Malaysia untuk menentang Indonesia. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Dalam perlawanan seterusnya Malaysia perlu berhati-hati dalam perlawanan menentang Indonesia. Meskipun Malaysia berjaya menundukkan Laos dengan 4 - 1 bukan bermakna Malaysia boleh merasa yakin akan menang. Indonesia bukanlah satu pasukan yang mudah ditundukkan kerana Indonesia telah mengalahkan Singapora 1 - 0. Sedangkan Malaysia tewas kepada Singapore 3 - 0.
Dari pandangan saya pasukan Malaysia mempunyai banyak bakat yang dapat digembling. Cuma M. Rajagopal perlu lebih kreatif dan sensitif pada setiap kelebihan pemain. Mungkin penyokong Malaysia juga sedar yang pemain Malaysia lemah dari segi strategi dan merancang serangan. Pemain kita tidak begitu mahir menampan bola, dan gemar menghantar bola kepada rakan dalam jarak yang dekat. Sedangkan musuh berada disekeliling mereka. Ini menyukarkan pemain memboloskan diri kerana terlalu rapat dengan pihak lawan. Akhirnya mereka akan merasa keletihan. Semoga pertandingan menentang Indonesia nanti M.Rajagopal akan lebih berhati-hati mengatasi kelemahan ini.
Sama-samalah kita berdoa agar pasukan Malaysia akan lebih cemerlang dalam menghadapi pertandingan-pertandingan seterusnya.
Sama-samalah kita berdoa agar pasukan Malaysia akan lebih cemerlang dalam menghadapi pertandingan-pertandingan seterusnya.