Mangga Ad

Sunday, August 7, 2011

Apabila Kita Tidak Berpuasa....


Rasa bosan pulak bila asyik melingkar je kat rumah. Lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Jadi untuk menunggu waktu asar saya berjalan-jalan kat bandar batu pahat. Mula-mula nak gi window shopping. Tapi bila tengok parking penuh aku terus ke bank untuk cucuk duit. Oleh kerana terlalu panas aku menyusuri kaki lima kedai. Dalam mengatur langkah yang lemah aku terpandang seorang lelaki separuh umur bekerja membersihkan kedai yang sedang di renovate. Dengan muka yang selamba dia menyedut asap rokoknya dengan penuh nikmat. Tanpa rasa bersalah beliau menghembuskan asap keluar dari mulutnya. Aku beristihfar panjang. Adakah seorang yang telah berumur seperti ini masih tak hendak berpuasa ?

Perasaan ku marah bercampur geram. Mengapa orang yang telah tua bangka seperti ini begitu bangga kerana tidak berpuasa. Tidak malukah dia dengan orang-orang bangsa lain yang lalu lalang disitu. Dimanakah maruah dan nilai diri dia dimata masyarakat. Kalau pun tidak berpuasa, janganlah sampai mencemarkan bulan ramadhan dengan sifat-sifat seperti itu. Bersembunyilah kalau memang benar-benar tidak berupaya.

Bergembiralah kamu pada masa ini sekiranya kamu tidak berpuasa dan percayalah bahawa tuhan akan membalas perbuatan kamu dengan azab yang amat berat.

Sebab tulah bila kiita tidak mengamalkan ajaran agama maka kehidupan kita sentiasa dalam serba kekurangan. Ingatlah wahai semua umat, amalan kita tetap akan diberi ganjaran oleh Allah. Selamat berpuasa.

The Help